2

Kejatuhan Ekonomi Eropah tinggal beberapa minggu sahaja lagi

Kelmarin kita sudah melihat berita berkenaan kekecohan yang berlaku di Amerika, dan ianya masih lagi berlangsung. Rakyat Amerika sendiri bangkit dan demo menyuarakan suara tidak puas hati mereka terhadap pentadbiran dan sistem kewangan disana.

Hari ini kita intai pula keadaan di Eropah yang dilihat agak kritikal sejak beberapa bulan kebelakang. Minggu lepas ada suara-suara mengatakan Kejatuhan Ekonomi Eropah hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi jika tiada sebarang plan tindakan yang komprehensif bagi menangani masalah Hutang Negara-negara eropah.

Greece sememangnya sudah dalam keadaan yang sangat kritikal. Mereka sudah tidak mahu plan bantuan kewangan (membuat pinjaman lagi) untuk membayar hutang yang sediada. Dengan kata lagi negara ini akan Muflis bila-bila masa sahaja.
UK minggu lepas mengumumkan bantuan kewangan dari The Bank of England (BOE) sebanyak 75 Billion Pound, lebih kurang 364 Billion Ringgit bagi menangani masalah disana. Dengan kata lain Kerajaan UK meminjam 75Billion Paund dari Bank Pusat untuk dicetak dan dimasukkan kedalam pasaran. Namun dari kaca mata mereka yang celik ekonomi melihat tindakan tersebut hanya melambatkan proses kejatuhan ekonomi, malah ianya hanya akan mengakibatkan hutang yang lebih besar, maka implikasinya juga akan lebih besar. Kerajaan cuba untuk melengahkan krisis dengan membuat pinjaman dan menyalurkan wang kepada rakyat. Rakyat yang tidak dapat melihat perkara disebalik percaturan ini akan terus melibatkan diri dalam ekonomi. Ini yang kerajaan disana harapkan, namun sebenarnya lebih lama kejatuhan ini ditangguh akan lebih ramai rakyat yang akan menerima akhibatnya nanti.

Melihat dari senario di Eropah sekarang ini, pelabur dilihat sedang mengalihkan modal pelaburan mereka dari Eropah kepada Amerika. Dengan kata lain mereka menjual instrumen pelaburan di Eropah dan membeli instrument atau sekuriti di Amerika. Namun ini cuma untuk jangka masa singkat (Short-term) sebab tidak lama selepas itu mereka ini akan kembali juga kepada pelaburan emas dan silver apabila sampai masanya ekonomi Amerika dijatuhkan. Pada masa ini lah nanti harga Emas dan Silver akan memuncak apabila pelabur-pelabur juga orang awam berpusu-pusu untuk membeli emas dan silver.
Apa yang boleh saya katakan ialah itu adalah masa yang paling tidak sesuai untuk kita beli emas dan silver. Masa yang terbaik ialah beli sekarang, sebab jika anda beli emas dan silver pada masa tesebut sesungguhnya anda mengambil risiko yang sangat tinggi sebab tidak lama selepas itu harganya akan jatuh, jatuh dengan cepat dan banyak dan anda akan mula terasa yang anda sebenarnya telah ‘dirompak’ sebab nilai yang begitu banyak telah ditarik dari emas dan silver yang anda beli pada harga tinggi.

Malapetaka ekonomi yang sangat dahsyat menanti mereka. Bagi mereka yang mengerti akan permainan ini mereka punya dua pilihan. Satu ialah dengan ambil kesempatan atas peluang yang tercipta dan mengajak orang ramai masuk pasaran. Pilihan ke-dua ialah mendidik masyarakat dan menyebarkan kefahaman tentang apa yang berlaku dan cuba untuk tidak turut serta dalam perangkap ekonomi yang tidak adil ini.

kejatuhan ekonomi eropah

Saya selalu menyarankan dua pilihan sahaja untuk lari dari masalah ini.
Satu (pilihan terbaik) ialah keluar terus dari sistem kapitalis, berhijrah dan belajar bagaimana hendak hidup (survive) di kawasan pedalaman atau kampung yang punya risiko yang lebih rendah daripada Malapetaka Ekonomi yang bakal melanda seluruh dunia nanti. Mantapkan jasmani dan rohani anda disana.
Kedua, jika anda masih ingin duduk dan bertahan dalam sistem sediada ini maka anda perlu mula menukarkan aset anda, dari menyimpan dalam bentuk wang kertas, atau apa-apa bentuk pelaburan maya/saham, kepada fizikal Emas dan Silver. Ini kerana emas dan silver adalah insuran terbaik terhadap aset yang anda ada ketika Malapetaka Ekonomi melanda nanti.
Mulakan dari sekarang, kerana ianya semakin hampir, mungkin dalam beberapa minggu, atau beberapa bulan atau setahun dua. Apa yang penting anda sudah mengambil tindakan awal dalam membuat persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Filed in: Berita Silver Tags: , , , , , , , , , , , ,

Related Posts

Bookmark and Promote!


2 Responses to "Kejatuhan Ekonomi Eropah tinggal beberapa minggu sahaja lagi"

  1. Sayidi Shuib says:

    SLM SEMUA@MARI SERTAI PELUANG TERHEBAT INI YG AKAN MENGUBAH KEHIDUPAN KITA SELAMANYA:-http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=11473

Leave a Reply

Submit Comment

© 2014 Rahsia Pelaburan Silver. All rights reserved. XHTML / CSS Valid.
Proudly designed by Rahsia Silver.
Klik Like untuk mendapat maklumat terkini RahsiaSilver.com ke FB anda secara Percuma. FB RahsiaSilver.com