Saudara Ikram Adi ada menyediakan satu rakaman video pendek yang menerangkan secara ringkas jenis-jenis Silver coins dan bar yang boleh dibuat pelaburan.
Boleh tonton video tersebut dibawah :-
Dalam video diatas saudara Ikram ada menunjukkan satu Silver Coins dari pengeluar “American Silver Eagle” yang berbentuk bulat, dengan ketulinan Silver 999 dan berat 31.1g (1 troy ounce). Satu lagi ialah Silver Bar dari “Sunshine Minting” yang punya berat dan ketulinan yang sama. Namun ada satu lagi jenis Silver iaitu Silver jenis Numismatic coin berumur lebih 2000 tahun. Ini adalah Silver coins yang betul yang digunakan oleh kerajaan Rom sebagai matawang. Silver jenis ini dikatakan kurang sesuai untuk pelaburan, walaupun ianya punya nilai sejarah dan juga nilai estatika yang tinggi namun ciri-ciri seperti harganya yang sangat mahal, sukar didapati, mungkin sukar dicairkan, menyebabkan ianya kurang sesuai untuk dijadikan sebagai pelaburan.
Berbalik kepada sasaran pelaburan silver, saya secara peribadi beberapa kali memberitahu (didalam beberapa artikel yang lepas dengan tajuk ‘pelaburan silver jangka panjang’) yang pelaburan logam berharga Silver ialah satu bentuk pelaburan jangka panjang (1 tahun dan lebih). Juga boleh diaplikasikan untuk jangka sederhana (beberapa bukan ke setahun) jika timing(masa) beli adalah masa yang baik.
Sasaran (target) saya secara peribadi ialah bila mana kitaran silver berada sebelum atau semasa ditahap “Greed” seperti yang saya tunjukkan dalam topik ini : http://www.rahsiasilver.com/dimanakah-kitaran-hayat-pelaburan-silver-sekarang/.
Kita masih boleh pegang dan jual pada tahap “Delusion” tetapi risiko untuk terima susut nilai selepas itu adalah tinggi. Maka soalan berikutnya sudah tentu kita nak tahu bila masanya tahap “Greed” ini berlaku?
Jawapan pada soalan ini juga saya pernah jawab di topik-topik yang lepas.
Tahap Greed ini berlaku bila kita dapat lihat harga emas dan silver memuncak ke satu tahap tertinggi yang belum pernah dijejak sebelum ini. Maka untuk Silver ialah bila mana harga pasaran semasa silver dunia memecah harga $50/oz, tidak mustahil $70/oz, tidak mustahil $100/oz, dan tidak mustahil harganya $200/oz, malah boleh pergi jauh lagi dari itu.
Tahun bila agaknya Harga Silver boleh mencapai tahap tu? Itu saya sendiri tidak pasti, namun dari sumber dan perkembangan yang diluar sana, ada yang mengatakan ianya mungkin seawal setahun dua dari sekarang sehingga 6 ke 8 tahun. Ianya sangat bergantung kepada perkembangan dunia luar yang akan berlaku nanti. Perhatikan kebarangkalian berlakunya peperangan di timur tengah, dan juga perkara besar yang akan berlaku kepada Negara dan pergerakan matawang dunia seperti Euro dan US Dollar, terutamanya Dollar Amerika.
Beberapa minggu sudah ada yang mengatakan negara-negara di Eropah akan ‘bungkus’ jika tiada sebarang bentuk penyelesaian yang kukuh dalam menyelamatkannya. Kelmarin ada berita yang mengatakan IMF (International Monetary Fund) bersedia untuk memberikan bantuan 600 Billions Euro kepada Itali dalam mengekang krisis disana. Berita ini sekaligus menahan kejatuhan harga emas dan silver dari terus menurun awal minggu ini.
Berita-berita seperti ini dilihat sebagai noise(rintangan) kepada pergerakan harga pasaran dalam jangka pendek dan sederhana. Maka pentingnya kita tetapkan sasaran kita bagi mengelak dari terkena penangan psikologi ini terutamanya mereka yang cuba untuk terlibat dalam pelaburan jangka sederhana. Teknik ‘Averaging’, seperti beli secara berperingkat atau pun beli secara konsisten mengikut keupayaan modal (capital) yang kita ada, jangan letakkan semua pelaburan pada satu tempat (do not put your all eggs in one basket) maknanya jangan letakkan semua modal pelaburan anda pada silver sahaja, boleh pelbagaikannya kepada pelaburan emas, hartanah, dan pelaburan/bisnes lain.
Bagi mereka yang tak mahu pening kepala memikirkan timing (masa) dan herotan (noise) saya sarankan tetapkan sasaran pelaburan silver anda untuk jangka panjang. Beli silver pelaburan yang mudah dicairkan seperti yang penah saya terangkan dalam topik-topik saya yang lepas.
Sekian sahaja nukilan pelaburan silver saya hari ini.
Sekian.


bolehkah silver di pajak seperti emas
SLM SEMUA@MARI SERTAI PELUANG TERHEBAT YG AKAN MENGUBAH KEHIDUPAN KITA SELAMANYA:-http://www.ecommercemastery.com/provider8/idevaffiliate.php?id=11473
Jom tukar ringgit anda kepada SILVER KERANA UNTONG BESAR.
YES MEMANG BOLEH DAN MALAH BOLEH DAPAT DIVIDEN 18 PERATUS /TAHUN
macam maner nak join tu
boleh join dengan saya. Mesage tel. no saya cal ok
mana yang lebih baik beli silver yang 100 g kumpul siki2t…k beli terus yang 1 kg…
untuk long term baik beli 1kg, tapi kalau short/medium term 100g lebih senang jual/cairkan dalam 2ndary market.